Sedekah Ke Tahfiz

WAKAF ONLINE KELEBIHAN DAN CARANYA

Ekonomi adalah salah satu aspek penting dalam Islam yang merupakan lapangan pengembangan rezeki manusia. Aspek ekonomi meliputi banyak perkara seperti infaq, zakat, pusaka, wakaf dan lain-lain.

Wakaf merupakan institusi ekonomi umat Islam yang tidak kurang pentingnya. Ianya perlu dikembangkan dengan cara yang terbaik dan waspada demi memaksimalkan manfaatnya kepada umat Islam khususnya dan manusia seluruhnya.

Diantara amalan terpuji lagi mulia anjuran Islam terhadap pemilik harta adalah untuk menginfakkan harta tersebut untuk kebaikan, iaitu infaq di jalan Allah. Berinfak yang wajib adalah zakat. Salah satu kaedah berinfaq sunnat pula adalah sadaqah jariah.

Amalan bersedekah jariah ini amat digalakkan kerana manfaatnya (dan pahalanya) adalah berpanjangan kerana harta dan nilai prinsipal yang disedekahkan itu akan kekal tetapi manfaat atau pulangan daripada harta itu akan digunakan untuk tujuan kebajikan.

Sadaqah jariah juga disebut sebagai wakaf dalam erti kata bahan yang di wakafkan itu ditahan dan hanya manfaatnya digunakan. Apabila seseorang itu berniat mewakafkan sesuatu harta, maka daripada awal lagi harta itu pasti akan dikekalkan.

Terlalu banyak kebaikan wakaf. Amalan wakaf bertujuan mengharap pahala daripada Allah s.w.t, adakalanya wakaf itu untuk kepentingan diniyyah,

  • ‘ailiyyah,
  • ‘ilmiyyah,
  • ijtima’iyyah,
  • sihhiyyah, mahupun
  • ‘askariyyah.

Seumpama pada zaman Rasulullah SAW, Uthman bin `Affan telah mewakafkan telaga al-raumah yang menjadi sumber bekalan air utama untuk umat Islam ketika itu. Air merupakan kemudahan asas yang diperlukan untuk kehidupan ijtima’iyyah.

Imam al-Syafi`i mengumpamakan konsep pewakafan dengan konsep pembebasan hamba (‘itqu al-riqab) di mana seorang hamba tidak lagi dianggap sebagai milik tuannya setelah dibebaskan.

Teman-teman,

Sesungguhnya Islam itu indah. Setiap perbuatan yang kita lakukan kembali kepada kita secara amnya. Malah apabila Allah s.w.t , Tuhan Yang Maha Kaya membalasnya, tiada yang murah dan kurang. Sesuai dengan firman Allah s.w.t bahawa Allah akan membalas sedekah kita dengan berlipat ganda.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia hendaki, Dan Allah maha Luasa, Maha Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah [2]: 261)

Jom wakaf online ke pusat tahfiz ini hari ini.

Klik link ini untuk wakaf online atau sedekah > Ustad Hadi

Klik link ini untuk lihat activiti tahfiz kami > FB PAge Tahfiz Al Ulum

WAKAF PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Tidak akan ada perubahan ke arah yang lebih baik apabila sesebuah negara tidak memberikan tumpuan khas kepada aspek pendidikan. 

Dalam sistem pendidikan Islam klasik, antara pendidikan Islam dan wakaf mempunyai hubung kait yang sangat kuat. Institusi wakaf menjadi sumber kewangan bagi aktivitiaktiviti pendidikan, sehingga pendidikan dapat diteruskan dengan baik dan lancar.

Wujudnya sistem wakaf dalam Islam disebabkan oleh sistem ekonomi Islam yang menganggap bahawa ekonomi berhubung kait dengan akidah dan syariat Islam, dan wujudnya keseimbangan antara ekonomi dan kemaslahatan masyarakat, sehingga aktiviti-aktiviti ekonomi bermatlamatkan ibadah dan untuk kemaslahatan bersama.

Konsep yang dimainkan oleh wakaf pendidikan adalah untuk membantu membangunkan sesebuah institusi pendidikan melalui sumbangan yang diperolehi. Wakaf yang diterima adalah untuk sesebuah institusi pendidikan menjalankan urus tadbir, membantu kos operasi, membangun modal insan dan meninggikan taraf pendidikan umat Islam.

Wakaf pendidikan adalah merupakan sesuatu harta, barangan, aset atau tunai yang diberikan kepada sektor pendidikan atau sesebuah institusi pendidikan sama ada secara berterusan atau tidak demi untuk kepentingan dan manfaat awam. Wakaf pendidikan diwujudkan untuk kelangsungan pembangunan ekonomi khususnya dalam bidang pendidikan dan membentuk dana berterusan tanpa terlalu bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan semata.

Ada tiga aspek konsep pembiayaan pendidikan melalui wakaf, iaitu:

  1. Tanah
  2. Wakaf Bangunan
  3. Wakaf Operasi

Sejarah membuktikan bahawa wakaf memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Wakaf telah menjadi alat agihan semula kekayaan bagi mencapai pembangunan ekonomi dalam konteks yang menyeluruh. Ini kerana wakaf telah memainkan peranan untuk menyediakan pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadat serta menyediakan kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya

Di dalam dunia pendidikan, tidak dapat dipertikaikan bahawa nama-nama lembaga pendidikan Islam tersohor seperti Universiti al-Azhar, Universiti Zaituniyyah di Tunisia dan ribuan Madaripadas Imam Lisesi di Turki, Universiti Nizamiyah di Baghdad, dan lain sebagainya bukanlah lembaga pendidikan yang fully profit oriented. Mereka merupakan lembaga yang bercorak sosial dengan pembangunan wakaf.

Sumber: Students Repository  of University of Malaya students 

KEBAIKAN WAKAF DAN SEDEKAH

Menerusi firman Allah yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:

“Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia.

Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa. Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah.

Dalam satu hadis menerangkan, manusia jika mereka biasa bersedekah walaupun dengan sedikit kurma, ia mampu menghalang wajahnya daripada dibakar api neraka.

Selain itu, apabila berada dalam keadaan bersedih juga kita mencari peluang untuk bersedekah. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kegembiraan pada hati kita yang berdukacita itu.

Lihat bagaimana kisah Asma’ binti Abu Bakar iaitu anak sahabat karib Nabi SAW, Abu Bakar As-Siddiq. Beliau terkenal dengan sifat pemurah walaupun dirinya dalam keadaan tidak berkemampuan.

Meskipun bapanya ahli perniagaan yang kaya raya, namun selepas berhijrah ke Madinah, Abu Bakar tidak meninggalkan sebarang harta buat keluarganya.

Begitu juga dengan suami Asma’, Zubair bin Awwam. Beliau seorang yang sangat dihormati dan berjaya juga dalam perniagaan. Namun, seluruh harta yang dimiliki turut diinfakkan di jalan Allah. Kemurahan hati dan sifat dermawan itu akhirnya turut mengalir dan sebati dalam diri Asma’.

Diriwayatkan dari Qasim bin Muhammad, “Aku mendengar Ibnu Zubair berkata, ‘Tidak pernah aku melihat seorang wanita pun yang lebih murah hati dari Aisyah dan Asma’.

Dalam hadis riwayat Bukhari ada diceritakan, pada satu ketika Asma’ datang kepada Rasulullah kemudian dia bertanya, “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai apa pun selain yang dibawa pulang Zubair, apakah aku harus bersedekah?”

Kemudian Rasulullah menyuruh Asma’ bersedekah dan tidak menyimpan hartanya. Kisah kemurahan hati Asma’ binti Abu Bakar itu sepatutnya dijadikan contoh buat diri kita.

Jika hendak melakukan sesuatu kebaikan seperti bersedekah, jangan terlalu banyak berfikir atau berkira untuk melaksanakannya kerana amalan itu sebenarnya sangat dekat dengan nilai ketakwaan.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.

Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diubah.

Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan.

Contohnya, jadikan amalan setiap kali pergi ke masjid, sebelum atau selesai solat kita derma dalam tabung masjid dan wakaf al Quran untuk pelajar tahfiz. 

Begini ya teman-teman,

Terus wakaf Al Quran kepada tahfiz adalah yang terbaik. Kuncinya berwakaf Al-Quran terus kepada yang memerlukan. Supaya mereka dapat menbaca dan gunakan secara maksima Al-Quran tersebut. Maaf saya bukan anti wakaf al QUran ke masjid. Tapi pengamatan dan pengalaman rakan-rakan ustad dan saya sendiri. Kami simpulkan bahawa terlalu sedikit yang menggunakan Al-Quran tersebut berbanding wakaf Al-Quran terus ke pelajar tahfiz atau seumpanya. Indahnya sehingga ribuan kali Al-Quran pelajar tahfiz tersebut di gunakan. 

Sesungguhnya Allah swt berikan kalian mata dan otak yang cerdas. Fikirlah lebih jauh dan berwaqaflah Al-Quran kepada yang betol-betol memerlukannya. Elakkan Al-Quran itu berhabuk atas dasar kita telah berwaqaf. Walhal, yang kita kejar ialah manfaat wakaf itu. Supaya lebih ramai dapat mamfaat. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Justeru, setiap apa yang diperintahkan Allah itu pasti ada manfaatnya. Bila Allah menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu sama ada dalam bentuk wajib atau sunat, pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan.

oleh Fadly Samsudin dan Kamil

CARA BERWAQAF 

  • Wakaf online
  • Wakaf pendidikan
  • Wakaf telaga di Kemboja
  • Wakaf Al Quran ke pelajar tahfiz

Klik link ini untuk wakaf atau sedekah > Ustad Hadi

Klik link ini untuk lihat activiti tahfiz kami > FB PAge Tahfiz Al Ulum

 

11 TIPS KREATIF CARA SEDEKAH

Jom amalkan. Kami ingin kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah iaitu :

1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3.Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.

4.Sediakan satu kotak didalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5.Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6.Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna Al Quran tersebut.

7.Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8.Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9.Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.

10.Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11.Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

Sumber: zayan.my

KESIMPULAN PROGRAM WAKAF

Amalan wakaf akan memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga pada suatu ketika dahulu tiada orang yang tidak merasakan kebaikan daripada amalan wakaf ini sepertimana yang telah berlaku pada masa-masa kegemilangan Islam. Wakaf telah berperanan dalam menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Institusi-institusi wakaf telah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembangunan wakaf sehingga wakaf tidak dipandang sebelah mata dalam pembangunan ekonomi. Oleh kerana itu, di antara tujuan penjajahan terhadap negaranegara muslim adalah untuk melenyapkan dan menghapuskan amalan berwakaf ini.

JOM AMALKAN SEDEKAH

Klik link ini untuk wakaf atau sedekah > Ustad Hadi

Klik link ini untuk lihat activiti tahfiz kami > FB PAge Tahfiz Al Ulum