Secara asasnya, kos renovate rumah bergantung kepada empat perkara di bawah;
1. Senarai Kerja Ubahsuai Rumah Yang Nak Dilakukan
Sebelum anggaran harga dapat diberikan kami perlu mengetahui apa yang tuan rumah inginkan. Contohnya?
2. Luas Dan Jenis Rumah.
Kami perlu tahu jenis rumah cik untuk anggarkan keluasan. Contoh jenis rumah;
3. Jenis Bahan Binaan Yang Nak Digunakan
Ada barang yang berkualiti dan barang yang biasa. Harganya sudah tentu berbeza.
Contohnya nak guna frame tingkap aluminum biasa atau frame tingkap powder coated yang cantik, tahan karat dan easy maintenance?
Contoh kedua nak pakai batu simen biasa atau batu merah tanah liat yang lebih sejuk dan berkualiti.
Contoh ketiga nak pakai atap metaldeck industri yang biasa atau atap genting yang mewah, tahan panas dan tidak berbunyi.
4. Pemilihan Kontraktor Yang Betol
Kami sangat sarankan anda pilih kontraktor berdaftar dan punyai lesen yang sah. Kerja mereka lebih terjamin dan anda boleh rujuk dengan pihak industri binaan (CIDB) jika ada masalah kelak. Binaan rumah nak guna lama dan kontraktor yang sah punyai pejabat yang anda boleh rujuk.
AWAS. Pilih kontraktor bukan tukang. Tukang seperti warga ***nesia misalnya, tak digalakkan kerana mereka hanya boleh melakukan kerja yang sudah biasa dibuatnya dan terbatas. Kalau nak design renovate rumah yang update dan terbaru memang lebih baik lantik kontraktor. Lagipun ada kes-kes yang larikan duit pelanggan tanpa kabar. Maaf disebabkan tiada document yang sah tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil. Nak jumpa di pejabat memang tiada. Akhirnya terpaksa keluar dua kali kos untuk renovation. đ Sebenarnya ramai kontrakor bumiputra yang sah dan mahir dalam kerja-kerja pembinaan ini. Anda hanya perlu mencari. Ramai yang hebat di luar sana.
TIPS untuk cari kontraktor yang mampan. Lihat hasil kerja mereka yang lepas di media sosial dan lawat office mereka untuk sahkan kewujudan mereka. Contohnya klik sini > KE FB INI
Hubungi kami untuk pakej renovate rumah anda hari ini
Baca tips renovate rumah ini tanpa perlu belanja besar. Banyak sebenarnya kos renovate rumah yang anda boleh jimatkan jika ambil pakej renovate rumah dengan satu kontraktor sahaja, baca 5 tips berjimat sebelum buat renovation rumah dibawah.
Tips 1 : Kosongkan Rumah Anda Dari Sentuhan Silam
Bila sahaja di rumah lama anda, tentunya masih terdapat perabot lama, tirai yang usang, barangan kelengkapan yang masih elok tetapi ditinggalkan dan sebagainya. Jangan terasa sayang dengan barang-barang ini. Kosongkan rumah sehabis boleh. Barang-barang yang masih boleh digunakan, jual sahaja di âcar boot saleâ atau muat naik sahaja ke laman sosial untuk dijual. Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru. Nafas baru memerlukan sentuhan baru. Baru ummm.
Tips 2 : Pilih Kemasan Lantai Yang Lebih Segar
Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai. Sesetengah orang terasa takut untuk melakukan perubahan ini kerana risau dengan kos yang bakal ditanggung. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai hari ini yang boleh didapati dengan harga mampu milik. Dari kemasan simen (âbare finishâ) hinggalah kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hinggalah kemasan âlaminated timberâ yang memberi rasa âwarm feelingâ. Percayalah, sebaik sahaja anda menukar kemasan lantai anda, perbezaan ketara akan dapat dirasai.
Tips 3 : Biarkan Dinding Kosong dan Tidak Menyesakkan
âLess is Moreâ. Anda tidak perlu memenuhkan dinding anda dengan segala macam barangan perhiasan yang bakal mengumpul debu dan habuk. Ini bukan lagi zaman 80an di mana replika sudu dan garfu besar digantung di dinding. Juga tidak perlu pelbagai warna dinding menjerit-jerit meminta perhatian anda. Pilih sekurang-kurangnya dua warna dan maksimum tiga warna sahaja. Anda boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan âfeature wallâ. Bergantung kepada bajet anda, âfeature wallâ ini boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.
Tips 4 : Siling Lebih Tinggi, Lebih Cerah, Lebih Bernafas
Kini plaster siling dengan kemasan cornice dan ukiran bunga tidak lagi menjadi kegilaan. Sejajar dengan perubahan zaman, plaster ceiling kini lebih âsimpleâ, moden dan kemas. Anda boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (âplaster silingâ) rata dengan sedikit sentuhan âLboxâ atau âLight Dropâ. Kepada yang suka bereksperimen, boleh memilih siling pvc atau kemasan lain yang lebih unik. Plaster ceiling yang tinggi dan âsimpleâ bagus untuk pengudaraan dan mewujudkan ruang yang lebih luas. Lihat sini untuk lebih tips plaster siling.
Tips 5 : Jangan Takut Bermain Lampu
Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu samada berjenama atau tidak. âBe adventurousâ. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor sahaja. Ekspresikan personaliti anda dengan bermain dengan beberapa pilihan lampu. Inilah guna plaster siling yang di pasang tadi, maksimumkan kesan cantikya dengan pelbagai downlight, track-light mahupun pendant light.
Aplikasikan 5 saranan kami ini dan pasti anda akan terkejut dengan âmake-overâ rumah anda!
Hubungi pakar renovation rumah dan house renovation hari ini (LIHAT FB Kami untuk hasil kerja)
Sebenarnya, kat luar sana banyak juga kes kontrakor tak bertanggungjwab dan buat kerja tak siap (Maaf, tak semua)
Oleh itu, tak salah untuk ambil langkah berjaga-jaga, jadi apa kata anda risik dulu hasil kerja mereka.
Untuk risik hasil kerja dan kemasan kami?
Klik sini > FB KASA Design
Klik sini > FB KASA Design
Klik sini > FB KASA Design
Â
Kami adalah kontraktor ubahsuai rumah idaman anda yang tepat
Hubungi pakar renovate rumah dan interior design hari ini
Â
Lain-lain service ubahsuai rumah
FB > Klik KASA Design
INSTAGRAM > Klik KASA Design
YOUTUBE > Klik KASA Design
Â