Renovate Rumah Anda Hari Ini

Pakar Ubahsuai Rumah Dan Interior Design

Berapa Kos Renovate Rumah?

Secara asasnya, kos renovate rumah bergantung kepada empat perkara di bawah;

1. Senarai Kerja Ubahsuai Rumah Yang Nak Dilakukan
Sebelum anggaran harga dapat diberikan kami perlu mengetahui apa yang tuan rumah inginkan. Contohnya?

  • Nak renovate dapur
  • Nak renovate tandas
  • Nak renovate bilik
  • Extend & besarkan dapur
  • Bina porch kereta
  • Ubahsuai bilik air
  • Ganti bumbung baru
  • Pemasangan lantai mozek
  • Kerja tembok dan pagar
  • Mengecat rumah
  • Plaster ceiling
  • Wiring dan elektrikal
  • Wainscoting
  • dan interior design.

2. Kami perlu tahu jenis rumah cik untuk anggarkan keluasan. Contoh jenis rumah;

 

  • Renovate rumah flat sekitar 700 sqft
  • Renovate rumah apartment/ condominium sekitar 1000sqft
  • Renovate rumah teres sekitar 2400sqft
  • Renovate rumah semi D sekitar 3000sqft

3. Jenis Bahan Binaan Yang Nak Digunakan


Ada barang yang berkualiti dan barang yang biasa. Harganya sudah tentu berbeza.

Contohnya nak guna frame tingkap aluminum biasa atau frame tingkap powder coated yang cantik, tahan karat dan easy maintenance?

Contoh kedua nak pakai batu simen biasa atau batu merah tanah liat yang lebih sejuk dan berkualiti.

Contoh ketiga nak pakai atap metaldeck industri yang biasa atau atap genting yang mewah, tahan panas dan tidak berbunyi.

 

 

4. Pemilihan Kontraktor Yang Betol

Kami sangat sarankan anda pilih kontraktor berdaftar dan punyai lesen yang sah. Kerja mereka lebih terjamin dan anda boleh rujuk dengan pihak industri binaan (CIDB) jika ada masalah kelak. Binaan rumah nak guna lama dan kontraktor yang sah punyai pejabat yang anda boleh rujuk.

Membuat keputusan yang tepat juga merupakan satu kebijaksanaan kerana dapat elakkan kos yang berganda. Terdapat kes di mana owner rumah terpaksa melantik semula kontraktor yang baru kerana kontraktor asal menghilang. Jimatkan wang anda dengan memilih kontraktor ubahsuai yang betul dan kompetant.

TIPS untuk cari kontraktor yang tepat. Lihat hasil kerja mereka di sini

MKK Rekabina

Whatapps / Call

Nak Renovate Rumah? Hubungi Kami Hari Ini

 

Hubungi kami untuk pakej renovate rumah anda hari ini

 

5 Tips Ubahsuai Rumah Tanpa Perlu Berbelanja Besar

Baca tips renovate rumah ini tanpa perlu belanja besar. Banyak sebenarnya kos renovate rumah yang anda boleh jimatkan jika ambil pakej renovate rumah dengan satu kontraktor sahaja, baca 5 tips berjimat sebelum buat renovation rumah dibawah.

Tips 1 : Kosongkan Rumah Anda Dari Sentuhan Silam

Bila sahaja di rumah lama anda, tentunya masih terdapat perabot lama, tirai yang usang, barangan kelengkapan yang masih elok tetapi ditinggalkan dan sebagainya. Jangan terasa sayang dengan barang-barang ini. Kosongkan rumah sehabis boleh. Barang-barang yang masih boleh digunakan, jual sahaja di ‘car boot sale’ atau muat naik sahaja ke laman sosial untuk dijual. Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru. Nafas baru memerlukan sentuhan baru. Baru ummm.

Tips 2 : Pilih Kemasan Lantai Yang Lebih Segar

Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai. Sesetengah orang terasa takut untuk melakukan perubahan ini kerana risau dengan kos yang bakal ditanggung. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai hari ini yang boleh didapati dengan harga mampu milik. Dari kemasan simen (‘bare finish’) hinggalah kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hinggalah kemasan ‘laminated timber’ yang memberi rasa ‘warm feeling’. Percayalah, sebaik sahaja anda menukar kemasan lantai anda, perbezaan ketara akan dapat dirasai.

Tips 3 : Biarkan Dinding Kosong dan Tidak Menyesakkan

‘Less is More’. Anda tidak perlu memenuhkan dinding anda dengan segala macam barangan perhiasan yang bakal mengumpul debu dan habuk. Ini bukan lagi zaman 80an di mana replika sudu dan garfu besar digantung di dinding. Juga tidak perlu pelbagai warna dinding menjerit-jerit meminta perhatian anda. Pilih sekurang-kurangnya dua warna dan maksimum tiga warna sahaja. Anda boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan ‘feature wall’. Bergantung kepada bajet anda, ‘feature wall’ ini boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.

Tips 4 : Siling Lebih Tinggi, Lebih Cerah, Lebih Bernafas

Kini plaster siling dengan kemasan cornice dan ukiran bunga tidak lagi menjadi kegilaan. Sejajar dengan perubahan zaman, plaster ceiling kini lebih ‘simple’, moden dan kemas. Anda boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (‘plaster siling’) rata dengan sedikit sentuhan “Lbox” atau “Light Drop”. Kepada yang suka bereksperimen, boleh memilih siling pvc atau kemasan lain yang lebih unik. Plaster ceiling yang tinggi dan ‘simple’ bagus untuk pengudaraan dan mewujudkan ruang yang lebih luas. Lihat sini untuk lebih tips plaster siling.

Tips 5 : Jangan Takut Bermain Lampu

Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu samada berjenama atau tidak. ‘Be adventurous’. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor sahaja. Ekspresikan personaliti anda dengan bermain dengan beberapa pilihan lampu. Inilah guna plaster siling yang di pasang tadi, maksimumkan kesan cantikya dengan pelbagai downlight, track-light mahupun pendant light.

Aplikasikan 5 saranan kami ini dan pasti anda akan terkejut dengan ‘make-over’ rumah anda!

Mahu Buat Renovation Rumah? Jangan Bertangguh Lagi

Hubungi pakar renovation rumah dan house renovation hari ini 

Untuk risik hasil kerja dan kemasan kami?

Klik sini > IG MKK Rekabina

Klik sini > FB MKK Rekabina

 

 

 

Bayangkan Perasaan Anda Setelah Rumah Anda Mendapat Sentuhan Baru

Hubungi kami hari ini untuk dapatkan anggaran harga ubahsuai rumah sekarang

(LIHAT IG MKK Rekabina untuk hasil kerja)