Renovate Rumah Anda Hari Ini

Harga Renovate Rumah Putrajaya

Renovate rumah di Putrajaya dan kawasan sekitar adalah langkah penting bagi pemilik rumah yang ingin meningkatkan nilai estetika dan fungsi rumah mereka. Kos renovate rumah di Selangor boleh berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor seperti lokasi, jenis rumah, senarai kerja renovate dan bahan yang digunakan. MKK Rekabina akan mengupas anggaran kos, jenis-jenis renovate yang popular, dan tip untuk mengawal bajet anda.

Anggaran Kos Renovate Rumah di Putrajaya

Secara amnya, kos renovate rumah di Putrajaya antara RM50 hingga RM300 per kaki persegi, bergantung pada jenis kerja yang dilakukan.

Berikut adalah pecahan kos mengikut jenis ubahsuai:

  • Renovate Rumah Ringan (Light Renovation): Biasanya melibatkan kerja mengecat, menukar jubin, atau memasang perabot asas. Kosnya antara RM30 hingga RM60 per kaki persegi.
  • Renovate Rumah Sederhana (Medium Renovation): Ini meliputi kerja yang lebih kompleks seperti menambah bilik, menukar dapur, atau menambah bilik mandi. Kosnya boleh mencapai RM70 hingga RM150 per kaki persegi.
  • Renovate Rumah Penuh (Full Renovation): Jika anda ingin mengubah keseluruhan rumah, termasuk struktur, rekaan dalaman, dan elektrik, kosnya boleh mencecah sehingga RM200 hingga RM300 per kaki persegi.

Jenis Renovate yang Popular di Putrajaya

  • Renovate Dapur: Dapur sering menjadi tumpuan utama kerana ia adalah ruang yang banyak digunakan. Kos ubahsuai dapur bergantung pada saiz dapur dan kemasan yang ingin dipasang. Anggaran kos adalah antara RM10,000 hingga RM50,000 untuk dapur bersaiz sederhana.
  • Pemasangan Kabinet dan Almari Built-in: Almari pakaian dan kabinet dapur yang dibina terus di dalam dinding (built-in) memberi ruang simpanan yang lebih baik dan tampak lebih kemas. Harga biasanya sekitar RM500 hingga RM1,500 per kaki persegi.
  • Renovate Bilik Mandi: Penggantian jubin, sinki, dan peralatan mandi boleh menelan kos antara RM5,000 hingga RM20,000 untuk bilik mandi bersaiz sederhana. Jika ingin menambah sistem pemanasan air atau pancuran hujan, kosnya akan meningkat.
  • Tingkatkan Ruang Tamu (Living Room Upgrade): Perubahan pada ruang tamu termasuklah pertukaran lantai, siling plaster, dan sistem pencahayaan. Kos bagi ruang tamu sekitar RM8,000 hingga RM30,000, bergantung pada jenis bahan yang digunakan.

Faktor yang Mempengaruhi Kos Renovate Rumah

  • Bahan yang Digunakan: Bahan seperti marmar, kayu berkualiti tinggi, dan jubin eksklusif tentunya lebih mahal.
  • Upah Kontraktor: Kos upah kontraktor di KL boleh berbeza mengikut pengalaman, branding dan reputasi.
  • Kebenaran & Permit: Beberapa jenis ubahsuai memerlukan permit daripada pihak berkuasa tempatan, yang akan menambah sedikit kos.

Tips Mengawal Bajet Renovate Rumah

  • Tetapkan Keutamaan Renovate: Kenal pasti ruang yang paling memerlukan perhatian, contohnya ruang dapur atau bilik mandi. Ini membantu anda memberi fokus pada perkara yang paling penting.
  • Tetapkan Keutamaan Ubahsuai: Kenal pasti ruang yang paling memerlukan perhatian, contohnya dapur atau bilik mandi. Ini membantu anda memberi fokus pada perkara yang paling penting.
  • Pilih one-stop kontraktor ubahsuai untuk dapatkan harga pukal dan lebih jimat.
  • Pakej ubahsuai adalah lebih jimat jika anda rancang untuk buat major renovation.
  • Rancang tempoh masa agar tidak terbeban. Ini dapat diperoleh dengan pakej one-stop kontraktor anda kerana hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja.
  • Gunakan bahan alternatif: Pilih bahan yang berkualiti dan tahan lama tetapi tidak semestinya berjenama atau mewah.
  • Elakkan buat kesilapan di awal waktu dengan memilih kontraktor yang diragui atau tidak cekap pengurusan wang.
  • Antara peranan kontraktor adalah menjadi “pemegang amanah” bagi wang yang telah anda laburkan untuk memperoleh rumah idaman. Jadi pastikan anda meletakkan kepercayaan di tempat yang betul.

Dapatkan sebut harga

dari kontraktor dipercayai

    Memilih Kontraktor yang Tepat di KL

    Pemilihan kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai rekod kerja yang baik. Anda boleh mencari maklum balas pelanggan melalui laman web atau media sosial mereka untuk memastikan mereka mampu memberikan hasil yang diinginkan. Recomendasi dari jiran juga banyak membantu untuk dapatkan kontraktor ubahsuai dipercayai.

    Cuba dapatkan juga kerja ubahsuai semasa mereka untuk mengenal pasti tahap kepercayaan customer semasa. Elakkan buat kesilapan di awal waktu dengan memilih kontraktor yang dipercayai atau tidak cekap pengurusan wang. Buat kerja tidak cekap yang memerlukan pengubahsuaian 2x sudah tentu akan menelan belanja yang lebih banyak.

    Kesimpulan

    Kos renovate rumah di Putrajaya boleh menjadi jimat dengan perancangan yang betul dan pemilihan kontraktor yang tepat, anda boleh mengawal bajet tanpa mengorbankan design, kualiti & kecantikan. Semoga panduan ini membantu anda merancang ubahsuai rumah yang ideal dan sesuai dengan bajet renovation anda.

    Hubungi MKK Rekabina

    Jadualkan Site Visit

    kos renovate rumah selangor

    MKK Rekabina


    Berurusan dengan kontraktor untuk renovate rumah boleh menjadi satu cabaran, terutamanya jika anda bimbang mengenai risiko ditipu.

    Berikut adalah beberapa tips praktikal untuk melindungi diri anda daripada penipuan kontraktor rumah:

    Selidik dan Periksa Rekod Kontraktor

    • Cari Rujukan dan Testimoni: Pastikan kontraktor tersebut mempunyai rekod kerja yang baik dan testimoni positif daripada pelanggan terdahulu. Anda boleh mencari ulasan di laman web, media sosial, atau laman web yang menawarkan perkhidmatan pembaikan rumah.

    Dapatkan Butiran Sebut Harga

    • Butiran Harga: Minta sebut harga terperinci untuk mendapatkan gambaran kos sebenar dan mengelakkan caj yang terlalu tinggi. Jangan mudah tertarik dengan harga yang terlalu rendah kerana ia mungkin petanda penggunaan bahan berkualiti rendah atau kerja yang tidak kemas.

    Tandatangani Kontrak Bertulis yang Jelas

    • Butiran Lengkap dalam Kontrak: Kontrak harus menyatakan dengan jelas skop kerja, jadual pembayaran, tarikh mula dan tamat projek, spesifikasi bahan, dan penalti jika projek lambat atau tidak siap. Kontrak bertulis adalah asas yang kuat untuk melindungi hak anda.

    Elakkan Pembayaran Penuh di Awal

    • Bayar Secara Berperingkat: Pembayaran secara berperingkat adalah amalan yang baik. Anda boleh membuat pembayaran mengikut fasa kerja yang telah siap. Pastikan pembayaran 100% terakhir hanya dibuat apabila projek siap sepenuhnya dan anda berpuas hati.

    Pantau dan Semak Kemajuan Progress Kerja

    • Lawat Tapak Secara Berkala: Lawatan secara berkala membolehkan anda memantau perkembangan kerja dan memastikan kontraktor mengikut spesifikasi dan jadual. Ini juga membolehkan anda mengesan sebarang ketidaksesuaian lebih awal.
    • Periksa Kualiti Bahan: Awas, kontraktor tidak jujur mungkin menggunakan bahan berkualiti rendah untuk menjimatkan kos. Pastikan bahan yang digunakan sama seperti yang dinyatakan dalam kontrak atau sebut harga.

    Hati-hati dengan Harga “Kontraktor Terlalu Murah”

    • Harga Terlalu Rendah Boleh Jadi Petanda Masalah: Jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kontraktor lain, ada kemungkinan kontraktor tersebut akan mengenakan caj tambahan kemudian atau menggunakan bahan murah. Pilih kontraktor yang memberikan harga munasabah dan realistik. Rujuk anggaran kos renovate rumah yang telah MKK Rekabina kongsikan di awal artikel.

    Berdoa Agar Di Temukan Dengan Kontraktor Budiman

    • Hakikatnya kontraktor renovate rumah juga meninginkan owner rumah yang baik. Owner rumah yang baik, bertemu pula dengan kontraktor yang baik pasti menghasilkan hasil renovate yang baik. Owner dapat rumah yang cantik dan selesa. Kontraktor dapat beli “beras” untuk keluarga dan staf. Berdoalah.
    • Dapatkan sebut harga dari kontraktor interior design dipercayai di sini. – WHATAPPS LINK

    Kesimpulan

    Mengambil masa untuk menyelidik dan memilih kontraktor yang sesuai adalah penting untuk memastikan anda tidak ditipu. Berpegang pada langkah-langkah ini akan membantu anda mengelakkan risiko penipuan, melindungi wang anda, dan memastikan renovate rumah berjalan lancar serta hasilnya memenuhi jangkaan anda.

    Dah ramai yang kami bantu owner siapkan kerja renovate rumah di Selangor. Dapatkan sebut harga kos renovate rumah hari ini.

    Hubungi MKK Rekabina

    Kerja Renovate MKK Rekabina


    Plaster Ceiling

    RM8,000/lot

    Renovate Dapur

    RM30,000/lot

    Kabinet Dapur

    RM25,000/lot

    Rumah 2 Tingkat

    RM250,000/lot

    Rumah 1 Tingkat

    RM150,000/lot

    Contoh Kerja MKK Rekabina


    Skop Kos Renovate Rumah Major (Besar)

    Mengubahsuai rumah dua tingkat boleh menjadi projek yang besar, tetapi dengan perancangan yang teliti dan pendekatan yang sistematik, anda boleh mencapai hasil yang diinginkan tanpa membazirkan bajet. Berikut adalah beberapa panduan dan perkara penting untuk dipertimbangkan jika anda ingin mengubahsuai rumah dua tingkat.

    Kenal Pasti Keperluan Renovate

    • Tentukan Keperluan Utama: Menetapkan matlamat yang jelas akan membantu anda merancang bajet dengan lebih tepat. Senaraikan skop kerja secara penuh membantu memudahkan kerja renovate kelak.Contohnya;
    • Bahagian Luar dan Dalam: Adakah anda hanya ingin membuat perubahan dalaman seperti kabinet, memasang lamou kipas, mengecat dinding, memasang plaster ceililng atau ingin merombak bahagian luar rumah juga? Ini termasuk menambah renovate dapur, tambah ruang balkoni, halaman, atau porch kawasan tempat letak kereta.

    Anggaran Kos Renovate Rumah Dua Tingkat

    • Kos Per Kaki Persegi: Anggaran kos bagi rumah dua tingkat adalah lebih tinggi berbanding rumah satu tingkat kerana melibatkan lebih banyak ruang. Di Kuala Lumpur, kos renovate rumah boleh bermula daripada RM50 hingga RM300 per kaki persegi, bergantung kepada jenis kerja dan bahan yang digunakan.
    • Anggaran Kasar untuk Ubahsuai Penuh: Untuk renovate besar-besaran (contohnya perubahan struktur dan rekaan dalaman), anggaran kasarnya boleh mencecah RM100,000 hingga RM300,000 atau lebih. Anggaran ini termasuk kos struktur, elektrik, rekaan dalaman, dan bahan berkualiti tinggi.

    Fokus Pada Ruang 4 Ini

    • Ruang Tamu dan Dapur: Ruang tamu dan dapur sering menjadi fokus utama kerana ia adalah tempat berkumpul. Anda mungkin ingin mempertimbangkan konsep terbuka (open-concept) untuk ruang tamu, yang dapat menjadikan rumah kelihatan lebih luas dan moden.
    • Bilik Tidur dan Bilik Mandi: Jika anda ingin menambah bilik tidur atau bilik mandi tambahan di tingkat atas, pastikan struktur rumah mampu menampung perubahan ini. Bilik mandi biasanya memerlukan kos tambahan untuk pemasangan paip dan sistem bekalan air.

    Pastikan Pelan Renovate Mengikut Peraturan Pihak Berkuasa Tempatan

    • Permit dan Kelulusan: Sesetengah renovate, terutama yang melibatkan struktur bangunan seperti menambah tingkat atau merombak dinding, memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, seperti majlis perbandaran kawasan anda. Ini penting bagi memastikan keselamatan dan mematuhi undang-undang bangunan tempatan. Harga rumah juga meningkat di mata Bank disebabkan adanya document CF atau CCC yang lengkap.
    • Khidmat Arkitek atau Jurutera Struktur: Untuk ubahsuai besar, anda mungkin perlu mendapatkan drawing arkitek atau jurutera struktur untuk memastikan rumah anda stabil dan selamat selepas renovate.

    Reka Bentuk Dalaman dan Pemilihan Bahan Binaan

    • Konsep Reka Bentuk: Tentukan konsep reka bentuk yang sesuai dengan citarasa anda, sama ada moden, minimalis, atau tradisional. Reka bentuk yang konsisten dari tingkat bawah hingga tingkat atas akan memberikan rupa yang harmoni.
    • Pilih Bahan Berkualiti: Gunakan bahan yang tahan lama seperti jubin berkualiti tinggi untuk bilik mandi, kayu yang kukuh untuk lantai, dan cat yang tahan lama. Bahan berkualiti tinggi bukan sahaja menjamin keselamatan, tetapi juga menambah nilai estetika rumah anda.

    Perancangan Sistem Elektrik dan Paip Air

    • Naiktaraf Sistem Elektrik: Rumah dua tingkat memerlukan sistem elektrik yang mencukupi untuk menyokong penambahan lampu, soket, dan alatan elektrik. Pastikan pemasangan elektrik dilakukan oleh kontraktor berlesen dan menggunakan bahan berkualiti (SIRIM) untuk keselamatan jangka panjang.
    • Sistem Paip Air yang Efisien: Jika anda ingin menambah bilik mandi atau dapur, pastikan sistem bekalan air dan saluran paip di rumah anda disesuaikan untuk menampung penggunaan air tambahan. Pemasangan pemanas air di bilik mandi tingkat atas juga perlu diperiksa dengan teliti.

    Susun Atur Ruang yang Efisien

    • Perancangan Tangga: Tangga adalah elemen penting dalam rumah dua tingkat. Pastikan ia ditempatkan di lokasi yang tidak mengganggu aliran ruang. Tangga juga perlu direka dengan selamat, terutama jika ada kanak-kanak atau warga emas di rumah.
    • Penyimpanan dan Ruang Simpanan: Menambah ruang penyimpanan seperti kabinet built-in, rak dinding, atau almari di bawah tangga akan membantu anda memanfaatkan setiap ruang dengan efisien.

    Pantau Kerja dan Tetapkan Jadual

    • Tetapkan Jadual yang Realistik: Projek renovate biasanya memerlukan beberapa bulan untuk disiapkan, bergantung pada skala projek. Tempoh masa yang realistic adalah sekitar 3 hingga 6 bulan untuk renovate penuh.
    • Pantau Kualiti Kerja: Pastikan anda melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan kualiti kerja memenuhi piawaian. Ini termasuk memeriksa kerja pemasangan, bahan yang digunakan, dan kualiti kemasan.

    Sediakan Bajet Tambahan

    • Bajet Kecemasan: Sediakan bajet tambahan sekitar 10-20% daripada anggaran asal untuk menampung sebarang penambahan kerja disebabkan factor yang tidak dijangka semasa renovate, seperti pembaikan kerosakan tersembunyi atau penambahan skop kerja.

    Kesimpulan

    Renovate rumah dua tingkat memerlukan perancangan yang teliti dan pengurusan bajet yang bijak. Dengan mematuhi garis panduan ini dan bekerjasama dengan kontraktor yang dipercayai, anda boleh mencapai hasil yang memuaskan serta meningkatkan nilai dan fungsi rumah anda.

    Hubungi MKK Rekabina

    Jadualkan Site Visit

    Lokasi Kami: Kami berpusat di Putrajaya dan menyediakan perkhidmatan kepada semua kawasan sekitar seperti Cyberjaya, Puchong, Dengkil, Cybersouth, Sepang, Seri Kembangan, Putrajaya, Serdang, Puncak Jalil, Bandar Kinrara, Sungai Besi, Kajang, Bangi dan Nilai.

    Hubungi MKK Renovate Rumah hari ini untuk rundingan harga renovate rumah.